Saturday, December 11, 2010

Menggemparkan!!!

             Last tuesday, kami sekeluarga menziarahi keluarga di Taman Tun.  Semuanya sihat.. alhamdulillah! Tengok baby Iza Zahrah, cutenya... sebiji macam mama dan papanya.Tahniah. Semoga tahun 2011 bertambah seorang lagi...
            Berita yang menggemparkan bila amir menduduki tempat ke 168 dari keseluruhan pelajar SBP tingkatan 1 . Congrate Amir! Mama tahu Amir memang boleh lakukannya. Tapi sikap Amir selalu berpuas hati apa yang ada menyebabkan Amir merosot final exam. Memang mama dan abah frust tau!!! Cuma depan anak-anak aje kami cool.           Dan bukannya mama bising kat Amir bermakna mama marah, sebenarnya mama kritik balik apa yang Amir lakukan. Cara study amir kali ini tak sama seperti mid year exam dulu. Satu lagi sikap tak ambil kisah Amir tu.. yang mama boring sangat.... Dalam kita bersaing dengan budak pandai kita kena alert selalu. Pastikan kita mesti selalu  di hadapan. So.. next year mama dan abah mahukan semangat study Amir masa pertengahan tahun 2010. Amir BOLEH!!!  Ingat... mama dan abah selalu berkorban untuk anak-anak so apa hadiah untuk kami?  Sebenarnya yang kami mahu ialah anak-anak yang berjaya dengan cemerlang di dalam pelajaran. Mendengar kabar result yang cemerlang, anak-anak yang mendengar kata orang tuanya dan pastinya anak-anak yang soleh dan solehah.      
             Lagi 2 ari Amirah fly  ke Korea . Barang dah siap cuma belum kemas. Tadi g pacific beli stove.Pandai ke Amirah masak??kah...kah... Nanti belajar.. Selamat jalan dan jangan lupa ole-ole dari Korea untuk kami   .
Gambar ini  ditujukan khas untuk Nur Iza.

Saturday, December 4, 2010

Holiday Began!!!!!!!!!!!!!!

            Dah lama tak buka blog ni. First I'm very busy with my family. Cuti sekolah kali ni sibuk dengan pertukaran maid, nak prepare Amirah pergi Korea dan persediaan  next year untuk Amirah, Amir, Atiqah dan Athirah. last thursday hantar Amirah dengar taklimat di UPM.... Jumpa Pn. Zihan.  Dengar budak-budak kecil berpidato. Semoga ia dapat memberi manfaat dan buka minda Athirah. Hopefully dapat seorang lagi anak  mama menjadi pemidato yang hebat. Insya Allah.
             Tahun depan 2011 Atiqah Form 1. Congrate Atiqah dapat 4A1B! Walaupun mama frust sikit tp it's ok. Jadikan sebagai satu pengajaran dan kegagalan menyangi Kak Yah dan Amir bukan bermakna Atiqah gagal buat selamanya. Ada hikmah disebaliknya sptmana mama dan abah bincangkan ari.tu..Atiqah boleh tp rezeki tak berpihak pada Qa kali ini. Usaha , usaha dan usaha lagi . Semoga cemerlang di dalam PMR nanti.
             Buat Adik pencapaian kali ini ok walaupun tak berapa ok. Sebab final exam adik merosot. Next year kena kuat lagi. Amir... sampai sekarang result tak tahu. Bukan apa , sebab Sekolah Alam Shah belum beri result. Mama maafkan....sebab tu.. cuti kali ni Amir cuti sakan. Tapi ingat next year , makin susah. Mama nak Amir perbaiki atau maintain pencapaian lalu.Semoga next year mama dpt mendengar result yang lebih gempak ..
             Buat Amirah, next year tahun yang paling mencabar. Oktober 2011 Amirah akan menduduki PMR. Holiday ni mama tengok relax aje.. Apapun mama tahu Amirah tak pernah menghampakan keluarga. You can do it!! Kat asrama dah ramai kawan, jangan leka.. Result Final exam Amirah dapat 7A1B tahniah!.Walaupun mama tahu Yah frust., next year kena cuba lagi. Anirah kena ubah teknik study dan perlu muhasabah diri kenapa math tak boleh dpt A.  Moga tahun depan result lebih membanggakan!
              Apa-apapun pencapaian kalian amat membanggakan kami sekeluarga. Thank you very much!! Mama  dan abah selalu mendoakan agar anak-anak mama dan abah menjadi insan yang berguna dan menjadi anak yang soleh dan solehah! Amin...
            
            HAPPY HOLIDAYS