Thursday, February 17, 2011

2011

selamat tahun baru.... Tahun ini.. tahun mendebarkan kerana amirah nak ambik pmr. semoga ya.. fokus pada pelajaran. Amir dah naik F2. Kesian amir tahun ni satu dorm dengan abang senior.. apa nak buat. Mama doakan yang terbaik aje untuk amir. Amir jangan leka.. buktikan amir boleh. Atiqah dah naik F1. study pun dah ok. tp.. masih tak ok lagi sbb tak capai target. Mesti 85 above. adik merosot... mid year exam buat betul-betul tau. Apapun semoga anak mama berjaya dengan cemerlang. Berita paling menyedihkan kami sekeluarga.. cikunit dah mati. tapi paling cute.. cikunit mati dalam bakul dengan aksi yang paling cute untuk tatapan kami yang terakhir. Sedih sangat.....Selang 2 minggu sweaper pula hilang. dah 2 malam tak balik rumah. tak tahu samada hilang disebabkan mati atau kena curi dengan orang. Selalunya sweaper tak pergi jauh.. entahlah .. kalau ada rezeki sweaper balik.... Sweaper merajuk tak... sebab makanan dia dah habis
tahun 2011 kerja kat sekolah banyak sangat... zaman relax mcm last year dah berakhir. kini kena berusaha dengan gigih lagi. Untuk rakan-rakan smkdse semoga dapat menerima kehadiran saya. Terima kasih kerana memberi kerjasama yang baik. Sama-samalah kita bantu anak diidk kita

Saturday, December 11, 2010

Menggemparkan!!!

             Last tuesday, kami sekeluarga menziarahi keluarga di Taman Tun.  Semuanya sihat.. alhamdulillah! Tengok baby Iza Zahrah, cutenya... sebiji macam mama dan papanya.Tahniah. Semoga tahun 2011 bertambah seorang lagi...
            Berita yang menggemparkan bila amir menduduki tempat ke 168 dari keseluruhan pelajar SBP tingkatan 1 . Congrate Amir! Mama tahu Amir memang boleh lakukannya. Tapi sikap Amir selalu berpuas hati apa yang ada menyebabkan Amir merosot final exam. Memang mama dan abah frust tau!!! Cuma depan anak-anak aje kami cool.           Dan bukannya mama bising kat Amir bermakna mama marah, sebenarnya mama kritik balik apa yang Amir lakukan. Cara study amir kali ini tak sama seperti mid year exam dulu. Satu lagi sikap tak ambil kisah Amir tu.. yang mama boring sangat.... Dalam kita bersaing dengan budak pandai kita kena alert selalu. Pastikan kita mesti selalu  di hadapan. So.. next year mama dan abah mahukan semangat study Amir masa pertengahan tahun 2010. Amir BOLEH!!!  Ingat... mama dan abah selalu berkorban untuk anak-anak so apa hadiah untuk kami?  Sebenarnya yang kami mahu ialah anak-anak yang berjaya dengan cemerlang di dalam pelajaran. Mendengar kabar result yang cemerlang, anak-anak yang mendengar kata orang tuanya dan pastinya anak-anak yang soleh dan solehah.      
             Lagi 2 ari Amirah fly  ke Korea . Barang dah siap cuma belum kemas. Tadi g pacific beli stove.Pandai ke Amirah masak??kah...kah... Nanti belajar.. Selamat jalan dan jangan lupa ole-ole dari Korea untuk kami   .
Gambar ini  ditujukan khas untuk Nur Iza.

Saturday, December 4, 2010

Holiday Began!!!!!!!!!!!!!!

            Dah lama tak buka blog ni. First I'm very busy with my family. Cuti sekolah kali ni sibuk dengan pertukaran maid, nak prepare Amirah pergi Korea dan persediaan  next year untuk Amirah, Amir, Atiqah dan Athirah. last thursday hantar Amirah dengar taklimat di UPM.... Jumpa Pn. Zihan.  Dengar budak-budak kecil berpidato. Semoga ia dapat memberi manfaat dan buka minda Athirah. Hopefully dapat seorang lagi anak  mama menjadi pemidato yang hebat. Insya Allah.
             Tahun depan 2011 Atiqah Form 1. Congrate Atiqah dapat 4A1B! Walaupun mama frust sikit tp it's ok. Jadikan sebagai satu pengajaran dan kegagalan menyangi Kak Yah dan Amir bukan bermakna Atiqah gagal buat selamanya. Ada hikmah disebaliknya sptmana mama dan abah bincangkan ari.tu..Atiqah boleh tp rezeki tak berpihak pada Qa kali ini. Usaha , usaha dan usaha lagi . Semoga cemerlang di dalam PMR nanti.
             Buat Adik pencapaian kali ini ok walaupun tak berapa ok. Sebab final exam adik merosot. Next year kena kuat lagi. Amir... sampai sekarang result tak tahu. Bukan apa , sebab Sekolah Alam Shah belum beri result. Mama maafkan....sebab tu.. cuti kali ni Amir cuti sakan. Tapi ingat next year , makin susah. Mama nak Amir perbaiki atau maintain pencapaian lalu.Semoga next year mama dpt mendengar result yang lebih gempak ..
             Buat Amirah, next year tahun yang paling mencabar. Oktober 2011 Amirah akan menduduki PMR. Holiday ni mama tengok relax aje.. Apapun mama tahu Amirah tak pernah menghampakan keluarga. You can do it!! Kat asrama dah ramai kawan, jangan leka.. Result Final exam Amirah dapat 7A1B tahniah!.Walaupun mama tahu Yah frust., next year kena cuba lagi. Anirah kena ubah teknik study dan perlu muhasabah diri kenapa math tak boleh dpt A.  Moga tahun depan result lebih membanggakan!
              Apa-apapun pencapaian kalian amat membanggakan kami sekeluarga. Thank you very much!! Mama  dan abah selalu mendoakan agar anak-anak mama dan abah menjadi insan yang berguna dan menjadi anak yang soleh dan solehah! Amin...
            
            HAPPY HOLIDAYS

Thursday, October 21, 2010

Salam Perkenalan

Salam perkenalan... Hari ini aku rasa happy sebab impianku dah mula tercapai. Walaupun masih di peringkat permulaan . Thanks buat rakan-rakan dan anak -anak yang banyak membantu menghasilkan blog ini.!! Tq very much!.Tema blog ini Save Our Earth.Kita mesti jaga bumi ini untuk generasi sekarang dan akan datang.